Thursday, March 31, 2011

PRODUK DARI NANAS

Halwa Nanas Nanas Kering
Halwa Nanas adalah hasil daripada nanas yang telah diproses dan diawet dengan menggunakan gula atau bahan pemanis.
                      Buah-buah nanas kering diproses dengan meng gunakan alat pengering. Buah nanas ini me ngandungi sedikit gula tambahan.
     
Skuas Nanas Sos Nanas Bercili
Merupakan minuman ringan yang ber asaskan jus atau jus berserta pulpa. Boleh disediakan den gan memasak puri buah nanas, garam, gula dan bahan pemekat.
     
Jeruk Nanas Jem Nanas
Merupakan hasil daripada buah nanas yang telah difermen tasikan dan diawet dengan mengguna kan garam. Disediakan dari buah nanas yang sesuai kematangannya dengan mendidihkannya bersama gula dan.
     
Sos Nanas Manis   
Ia boleh disediakan dengan memasak puri buah nanas, garam, gula dan bahan pemekat bersama- sama air.   
     


PERUNDANGAN INDUSTRI NANAS

Perundangan Industri Nanas
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu (LPNTM). Sejajar dengan perkembangan industri nanas, perubahan nama agensi kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dibuat pada tahun 1992 tertakluk kepada Akta Perusahaan Nanas 1957 (Semakan 1990) di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 2000, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah dipindahkan di bawah Kementerian Pertanian Malaysia dengan mengekalkan perananya bagi mengawal dan menyelaras industri berorientasikan pertanian. 


Pelaksanaan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan perkembangan industri nanas adalah berpandukan kepada Ordinanan Perusahan Nanas, 1957 di mana beberapa pindaan terhadap Akta dan Peraturan-Peraturan telah dibuat seperti yang berikut; 

Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Buah) 1957 

Peraturan ini telah digubal dan diterima pakai di Malaysia. Peraturan ini bertanggungjawab dalam pendaftaran pekebun kecil nanas. Peraturan ini adalah berkaitan dengan pembahagian buah-buah nanas ke kilang-kilang berdaftar oleh pekebun keeil berdasarkan pada gred buah yang telah ditetapkan. 

Peraturan Perindustri Nanas (pasaran Eksport), 1959 


Peraturan ini telah digubal dan diterima pakai di Malaysia. Peraturan ini adalah berperanan bagi mendaftarkan pengeksport-pengeksort di Malaysia. la juga telah mengariskan peraturan untuk pembelian nanas kaleng oleh pekilang-pekilang berdaftar termasuk mengawal harga nanas kaleng pada tahap terendah dari harga pasaran. 

Peraturan Perindustrian Nanas (Kawalan Kilang), 1959 

Peraturan ini telah digubal bagi menjamin kualiti produk-produk nanas yang hendak dieksport dengan menyediakan garis panduan kawalan mutu bermula dari peringkat bahan mentah, pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan dan hingga ke hasilan akhir. 

Peraturan Perindustrian Nanas (Ses untuk eksport), 1959 


Peraturan ini telah digubal bagi mengariskan pelaksanaan pungutan ses bagi eksport nanas kaleng dari kilang¬kilang nanas berdaftar. 

Peraturan Perindustrian Nanas (Bantuan Kewangan Tanam Semula) 1971 Pindaan 1985 

Peraturan ini telah digubal bagi membenarkan LPNM memberi bantuan kewangan kepada pekebun. Peraturan ini juga bertanggungjawab dalam pemberian geran bantuan penanaman nanas kepada pengusaha yang hendak mengusahakan tanaman nanas dan bantuan kewangan adalah sejumlah RM 3,500 per hektar bagi tanaman baru dan RM 1,750 per hektar bagi penanaman semula (fungsi ini dijalankan oleh Jabatan pertanian)

PASARAN NANAS




1. Malaysia terkenal dalam menghasilkan nanas kaleng yang berkualiti dengan warna kuning keemasan.
2.Buah Nanas Malaysia mempunyai ciri-ciri yang berlainan daripada pesaing dan berpotensi untuk dipertingkatkan mutunya.
3.Pada masa ini 95% daripada pengeluaran nanas kaleng adalah untuk pasaran eksport dan lebihan 5% adalah untuk pasaran domestik manakala nanas segar menyumbangkan 3% untuk pasaran eksport dan 70% untuk pasaran domestik.
4.Singapura merupakan pasaran eksport tradisi bagi nenas segar dan diikuti oleh Asia Barat. Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu, Brunei dan Hong Kong.

KHASIAT NANAS


Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah.

Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat.

Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia.

Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah

ASAL USUL NANAS



Nanas (An an as comosus) sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari Bahagian Timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan tanaman getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nanas terus berkembang dan diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut terutamanya di Johor.

Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons